web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Warga Emas Kerugian RM 1.4 Juta Terpedaya ‘Phone Scam’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 12:11PM

Mangsa hanya menyedari mengenai penipuan selepas menunggu suspek yang mendakwa akan menemuinya di Ipoh sejak 2020 lagi. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaharu ‘phone scam’ di Perak apabila kerugian sebanyak RM1.4 juta selepas terpedaya dengan taktik penyamaran sebagai pekerja syarikat kurier dan pegawai polis sejak tiga tahun lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 62 tahun yang berasal dari Taman Wah Keong di sini semalam.

"Pada 27 Mac 2020, pengadu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier dan menipu bahawa pengadu mempunyai bungkusan yang bermasalah.

"Pengadu kemudian membuat pengesahan kepada nombor telefon palsu 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah' yang diberikan oleh 'pekerja syarikat kurier' dan dimaklumkan oleh seorang 'pegawai polis' kononnya pengadu terlibat dalam kes jenayah penggubahan wang haram dan dadah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengadu ditunjukkan dokumen waran tangkap mahkamah atas namanya daripada suspek sehingga dia mempercayai percakapan suspek dan sepanjang urusan itu, mangsa telah berkomunikasi dengan lima orang yang menyamar sebagai pegawai polis dengan perwatakan berlainan.

Mohd Yusri berkata pengadu telah mendedahkan semua maklumat sulit tentang akaun bank dan akaun dompet digital kepada kesemua suspek serta mengikut arahan membuat pemindahan wang kepada pelbagai akaun bank milik individu lain.

"Pengadu hanya sedar tentang penipuan suspek setelah menunggu sekian lama seorang suspek yang kononnya akan datang berjumpa dengannya di Ipoh sejak 2020 lagi," katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon yang mencurigakan khususnya yang mendakwa daripada agensi kerajaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran