web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahang Komited Untuk Keluarkan Lebih Banyak Produk Makanan Halal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 11:38AM

Wujud keperluan untuk menampung permintaan tinggi terhadap produk makanan halal di seluruh dunia.- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pahang akan melipat gandakan usaha bagi memastikan lebih ramai usahawan di negeri ini memiliki pensijilan halal dan mengeluarkan lebih banyak produk makanan halal bukan sahaja bagi pasaran tempatan bahkan untuk dieksport ke luar negara.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini disebabkan permintaan yang tinggi terhadap produk makanan halal dalam kalangan pengguna di seluruh dunia.

"Tidak dinafikan di peringkat antarabangsa, pensijilan halal ini amat penting kerana para pelanggan akan rasa lebih terjamin untuk menggunakannya terutama dari segi bahan makanan, dan di negara kita sendiri tidak terkecuali.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika merasmikan Global Halal Summit (GHaS) 2023 telah meminta semua pihak untuk tambah baik dari aspek ini dan di Pahang kita mendapati masih ada ruang bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan halal dan pensijilan halal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PASFA 2023, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata pihaknya amat komited ke arah usaha berkenaan, apatah lagi Pahang merupakan salah satu pengeluar sayuran terbesar di negara ini iaitu di Cameron Highlands.

Menyentuh mengenai majlis berkenaan, beliau menggalakkan PASFA  untuk mempelbagaikan tanaman dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada penanaman sawit sebagai sumber pendapatan pertubuhan itu.

“Perubahan cuaca telah mengakibatkan bekalan makanan negara terjejas, dengan itu PASFA boleh memainkan peranan dengan menanam pelbagai tanaman sayuran dan buah-buahan bagi memenuhi keperluan makanan rakyat,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad