Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


DNAA: Jawatankuasa Khas Parlimen Panggil Ahmad Terrirudin, Idrus Harun

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 3:29PM

Kes DNAA Ahmad Zahid menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, akan memanggil Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, memberikan penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Jawatankuasa itu William Leong Jee Keen berkata satu laporan akan dibentangkan selepas prosiding itu dilaksanakan.

“Jawatankuasa akan mengadakan prosiding, panggil kedua-dua peguam negara untuk beri penjelasan.

“Kenyataan media telah dikeluarkan, dan ini menjadi perkara yang orang awam boleh tahu. Kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya bagi menjawab perkara yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Keadaan itu turut mengundang Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bangun, mendakwa Shahidan yang merupakan ahli jawatankuasa itu, seharusnya tahu mengenai hal berkenaan.

“Arau (Shahidan) sendiri merupakan seorang daripada ahli Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut, dia tahu kita akan panggil Peguam Negara untuk berikan penerangan dan prosiding akan dijalankan, tetapi dia masih nak bangkit isu ini dalam Parlimen,” kata Poay Tiong.

Shahidan meminta penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengenai usul Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ditolak semalam, melibatkan permohonan penjelasan daripada Peguam Negara terhadap keputusan DNAA  Ahmad Zahid.

William Leong Jee Keen - gambar Facebook
William Leong Jee Keen - gambar Facebook

Johari menjelaskan, yang beliau memberikan ruang kepada wakil Ahli Parlimen pembangkang untuk bercakap mengenai usul tergempar yang ditolak itu.

“Saya sebut semalam kepada Arau (Shahidan) dan Machang (Wan Ahmad Fayhsal), saya akan beri ruang. Saya tahu ini isu politik yang masyarakat pun nak tahu apa berlaku.

“Saya cakap ‘selepas Perdana Menteri bentang’ (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12). Maksud ‘selepas’, saya tak kata semalam, (atau) hari ini. ‘Selepas’ maknanya anda mempunyai enam hari (tempoh sidang Dewan Rakyat), anda boleh bercakap, saya takkan hentikan apabila isu ini dibangkitkan,” katanya.

Johari turut menjelaskan usul itu ditolak dengan mengambil kira kes terdahulu pada 23 Julai 2021 apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika itu Tan Sri Azhar Azizan Harun, turut menolak dua usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Parlimen Port Dickson, untuk membincangkan isu-isu semasa proklamasi darurat.

“Tapi Speaker Azhar mengatakan bahawa dia tidak boleh membenarkan kerana Peraturan Mesyuarat 11(3) termaktub dengan jelas bahawa yang menentukan adalah perdana menteri. Saya mengambil precedent itu kerana sekarang adalah Sidang Khas di bawah 11 (3),” katanya.

Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula dengan sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, terhenti kira-kira 30 minit apabila blok pembangkang bangkit mendakwa Johari menangguhkan sesi semalam, sebelum membenarkan mereka bercakap mengenai usul yang ditolak seperti yang dijanjikan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 1 hari yang lalu

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

Semasa 10 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok

Semasa 19 jam yang lalu

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun