web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Sabah, Sarawak Hebat - Agong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 7:52AM

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di hadapan rumah panjang - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan rakyat di Sabah dan Sarawak sangat hebat kerana setia menunggu untuk menyambut ketibaan konvoi Kembara Kenali Borneo yang diketuai Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah sepanjang perjalanan kira-kira 1,700 kilometer dari Tawau pada 3 Sept lepas sehingga ke Bandar Sibu, rakyat di kedua-dua negeri di Borneo itu telah hadir beramai-ramai untuk menyambut rombongan konvoi berkenaan.

"Saya telah sampai ke Sibu hari ini rasa cukup terharu, dari hati ikhlas saya tak terkata lagi memang terbukti rakyat Borneo ini cukup-cukup hebat sekali kerana sanggup menunggu kita dengan isteri dan keluarga saya," titah baginda semasa majlis santapan di Dewan MUC di Kampung Bandong di sini malam tadi.

Al-Sultan Abdullah bertitah baginda tidak dapat berhenti untuk bersalaman dengan semua rakyat yang menunggu di sepanjang perjalanan konvoi, namun hanya dapat memberikan lambaian kepada rakyat sebagai penghargaaan terhadap sambutan mereka.

“Begitu ramai yang menunggu tadi, kita tidak kesampaian untuk bersalam sekadar melambai sahaja. Saya harap  lambaian itu akan terus kekal dalam hati kita...dalam ingatan kita,” titah Seri Paduka Baginda. 

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permasuri Agong memegang sumpit, sejenis senjata tradisional Sarawak - gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permasuri Agong memegang sumpit, sejenis senjata tradisional Sarawak - gambar BERNAMA

Majlis santapan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada masyarakat setempat di sini.

Seri Paduka Baginda berdua akan meneruskan Kembara Kenali Borneo esok dengan santapan pagi di Pasar Sentral Sibu dan melawat di sekitar pasar basah terbesar Malaysia itu, sebelum berangkat ke Sri Aman dan seterusnya ke Kuching.

Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada majlis santapan malam tadi - gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada majlis santapan malam tadi - gambar BERNAMA

Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Adan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.

Penjelajahan sejak 3 hingga 13 Sept itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - BERNAM

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad