web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Subsidi Bersasar Dijangka Bermula 2024 – Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 3:51PM

Pengesahan kedudukan sosioekonomi penduduk diperlukan bagi membolehkan subsidi sampai kepada golongan sasar. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata jangka masa itu ditetapkan setelah tempoh percubaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilaksanakan November ini, sebelum dibuka kepada orang ramai untuk pengesahan kedudukan sosioekonomi mereka pada Januari depan.

"Kaedah atau mekanisme sama ada menerusi pindahan tunai atau pemberian kad akan diputuskan dari semasa ke semasa kerana keutamaan pada masa ini untuk memastikan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah lengkap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 15 Mei lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.

Anwar berkata sistem itu akan membantu kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad