web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sistem Pendidikan, TBB Dan Kesihatan Di Sabah, Sarawak Dipertingkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 2:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan terus memberi tumpuan agenda mempertingkatkan sistem Pendidikan, Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan sektor kesihatan di Sabah dan Sarawak melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Bagi mencapat hasrat berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membacakan usul Kajian Suku Penggal (KSP) RMK12 hari ini, memaklumkan mengenai beberapa projek yang bakal dilaksanakan di kedua-dua wilayah berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan, melalui RMK12 akan meningkatkan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui 107 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif di kedua-dua wilayah itu yang akan dilaksanakan bawah kelulusan KSP RMK12.

"Dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak, lebih banyak projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah akan dilaksanakan.

"Sehingga kini, sebanyak 64 projek sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan 43 projek lagi di Sabah," katanya di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan juga akan meningkatkan kemudahan sebuah pusat darah wilayah di Sabah dan membina Makmal Kesihatan Awam Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di Sarawak.

Selain itu, kerajaan akan memuktamadkan penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan negeri Sabah menjelang Januari 2024.

Kerajaan juga pada awal tahun ini telah menyerahkan kuasa kawalan selia gas sebagai pembuktian komitmen untuk menangani isu-isu berbangkit daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak akan terus diberikan tumpuan. Kerajaan telah membuktikan komitmennya untuk menangani isu-isu berbangkit daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Antara komitmen yang diterjemahkan termasuk pelonggaran peraturan perolehan dan penyerahan kuasa kawal selia gas kepada Kerajaan Sabah pada Januari 2023, sementara penyerahan kuasa kawal selia elektrik dijangka dapat dimuktamadkan menjelang Januari 2024.

"Melalui penyerahan kuasa ini, Kerajaan Sabah memiliki wewenang untuk mengawal selia bekalan gas dan elektrik berdasarkan kepentingan negeri," katanya.

Menyentuh berkenaan projek pembangunan TBB di Sabah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM195 juta bagi menambah baik daya harap bekalan elektrik di wilayah itu.

Anwar berkata, dengan peruntukan tersebut, ia akan memberi manfaat kepada rakyat di Gugusan Felda Sahabat Sabah dan juga Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Sabah mempunyai potensi yang besar dalam penjanaan TBB berasaskan solar dan biojisim bagi menangani tantangan dalam keperluan bekalan tenaga dan elektrik pada masa hadapan.

"Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah ke hadapan dalam peralihan tenaga melalui beberapa ikhtiar termasuk pengeluaran hidrogen, pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan projek penjanaan elektrik menggunakan TBB.

"Kejayaan perancangan Sarawak dalam pengurusan peralihan tenaga wajar diteladani oleh negeri negeri lain," katanya. – Getaran, 11 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad