web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tercekik Anggur, Kanak-Kanak 2 Tahun Meninggal Dunia 10 Hari Selepas Dirawat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 7:50AM

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat tercekik buah anggur selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik selama 10 hari. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 pagi tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.

Katanya, terdahulu kanak-kanak itu sudah menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di Ayer Keroh akibat tercekik ketika memakan buah anggur di rumahnya di Taman Merbok dekat sini dan doktor di hospital berkenaan berjaya mengeluarkan buah anggur itu.

Beliau berkata bagaimanapun kanak-kanak itu didapati masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Kanak-kanak itu (kemudiannya) dipindahkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Christopher berkata menurut doktor punca kematian kanak-kanak itu ialah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad