web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai, Simpang Jeram: Polis Terima 140 Laporan Pelbagai Kesalahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 9:13PM

Kamarul Zaman Mamat - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis telah menerima 140 laporan yang berkaitan dengan pelbagai kesalahan berhubung proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dalam tempoh 26 Ogos lepas hingga tengah malam semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata laporan yang paling banyak diterima adalah berhubung tindakan pihak tertentu menurunkan poster ataupun sepanduk, serta merosakkan papan iklan dan bendera.

"Bagaimanapun Alhamdulillah, perjalanan proses pengundian hari ini berjalan lancar di semua pusat mengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Sementara itu merujuk kepada insiden dua pengamal media di Johor didakwa dikasari pegawai pengiring seorang menteri Selasa lepas, Kamarul Zaman berkata siasatan dalaman telah dilakukan dan percakapan saksi telah dirakam.

"Siasatan dalaman telah dijalankan, kita sudah panggil seorang saksi dan rakam percakapan. Kini terpulang, kalau nak buat laporan polis, boleh buat, kita akan teruskan siasatan, jadi kalau rasa perlu buat (laporan) boleh buat," katanya.

Dalam insiden itu, dua wartawan wanita mendakwa dikasari beberapa pegawai pengiring seorang menteri ketika membuat liputan program kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai di Taman Anggerik dan Taman Dahlia, di sini. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad