web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan DNAA Ahmad Zahid Tidak Boleh Dibahas Dalam Sidang Khas Parlimen – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 8:04PM

Parlimen Malaysia. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi tidak boleh dibahas dalam sidang khas di Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata platform Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah bagi membincangkan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Mana boleh kes mahkamah nak runding di Parlimen… Parlimen bukan mahkamah yang boleh dia tanya soalan dan kita cuba jawab sebab Peguam Negara bukan Ahli Parlimen dan bukan menteri,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Seri Petaling dekat sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi Naib Ketuanya Atyrah Hanim Razali semalam yang mahu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membahaskan keputusan DNAA terhadap Ahmad Zahid.

Menurut Atyrah, Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu diberikan tempoh masa untuk mencari bukti baharu bagi mendakwa semula Ahmad Zahid dan pendakwaan semula itu perlu dilakukan serta-merta jika pimpinan Kerajaan Perpaduan tidak mahu kehilangan kredibiliti.

Anwar berkata kerajaan tiada halangan jika mana-mana Ahli Parlimen bertanyakan mengenai kes itu semasa Dewan Rakyat bersidang tetapi sidang Parlimen seharusnya tidak bertukar platformnya sebagai mahkamah.

Sementara itu, mengenai ancaman Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan DNAA Zahid Hamidi itu, Anwar menyifatkannya sebagai tidak adil kerana kuasa membuat keputusan tersebut bukan di tangannya kerana pendakwaan adalah hak mutlak AGC.

Selasa lepas, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata MUDA akan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sekiranya AGC tidak menjelaskan secara terperinci berhubung keputusan mahkamah terhadap kes membabitkan Ahmad Zahid itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad