web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peserta RXZ Members 5.0 Maut Kemalangan Di LPT2

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 6:58PM

Motosikal dipercayai milik mangsa dalam kemalangan di LPT2 pagi tadi. - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas Plaza Tol Jabor, sekitar 11.51 pagi tadi.

Muhammad Luqman Misnan, 30, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan untuk menghadiri program di Gong Badak, Kuala Nerus itu telah hilang kawalan lalu merempuh dua penunggang motosikal RXZ lain yang berhenti di bahu jalan.

@hafizzakiuddin Innalillahiwainnailaihirajiun. Kemalangan maut melibatkan rider RXZ di Gambang. #rxzmalaysia #rxz_members_official #rxz #gambang #lpt #kemalanganmaut #kemalangan #alfatihah ♬ original sound - ? Lirik Pendek ✅

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa terseret sejauh 37.4 meter dari lokasi kejadian dan meninggal dunia sebelum dapat diselamatkan.

"Dua penunggang RXZ yang dilanggar mangsa berasal dari Felda Kemasul, Pahang dan Kuala Pilah Negeri Sembilan.

"Penunggang RXZ dari Pahang patah tangan kiri dan kaki kanan manakala seorang lagi, patah tangan kiri. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad