web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: 4,000 Pegawai, Anggota Polis Bertugas Pastikan Kelancaran Mengundi Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 6:30PM

Petugas SPR melakukan persiapan sebelum Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru, mula dibuka pada jam 8 pagi esok untuk proses pengundian PRK Pulai. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 4,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata penugasan melibatkan pemantauan dan kawalan keselamatan di semua pusat mengundi, pusat penjumlahan undi dan kawasan sekitar serta kelancaran lalu lintas.

Beliau berkata kawalan lalu lintas antaranya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, serta lebuh raya dan plaza tol khususnya di daerah Johor Bahru dan Muar.

“Bagi memastikan kelancaran lalu lintas, polis juga telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor agar menghentikan sebarang kerja-kerja membaiki jalan.

“Tiada jalan akan ditutup esok bagi mengelakkan daripada berlaku kesesakan yang boleh menghalang dan menyebabkan pengundi lambat ke pusat mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas memberikan amanat khas kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam kedua-dua PRK di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar.

Kamarul Zaman turut menasihati pengundi dan penyokong agar sentiasa mematuhi arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Pengundi juga katanya diminta untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya dihalang oleh mana-mana pihak untuk keluar mengundi.

Sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran di Parlimen Pulai manakala DUN Simpang Jeram pula mempunyai sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad