web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Guna Telefon Bimbit Terpakai Di PRK Pulai, Simpang Jeram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 1:34PM

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Parlimen Pulai di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Semua pengundi yang terlibat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram pada Sabtu ini diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, larangan itu telah dimaklumkan manakala notis serta poster larangan juga akan diletakkan di luar tempat mengundi sebagai peringatan tambahan kepada semua pihak.

"SPR telah memaklumkan kepada semua pengundi bahawa penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan.

“Sebagai peringatan, notis atau poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletakkan di luar dan di dalam tempat mengundi.

"SPR turut menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengundi juga diingatkan untuk menjaga kerahsiaan mengundi dengan tidak merakam gambar kertas undi yang sudah ditanda.

Segala pelaksanaan tatacara pengundian baharu boleh dirujuk menerusi poster Tatacara 10 Langkah Pengundian yang menjelaskan cara pengundian sepenuhnya.

"Seramai 165,509 orang pengundi bakal mengundi di PRK Parlimen Pulai dan seramai 40,301 orang pengundi bagi PRK DUN Simpang Jeram, Johor," katanya.

Ikmalrudin berkata, semua pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki Pusat Mengundi pada Hari Mengundi dilarang memakai baju, topi atau pelitup separuh muka (facemask) atau membawa material yang mempunyai nama, lambing, simbol, gambar parti atau calon yang bertanding.

Mereka juga dilarang membawa apa-apa bahan kempen serta sebarang tagline atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik.

Beliau berkata, kegagalan pengundi mematuhi atau melanggari peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan pengundi dilarang dari memasuki Pusat Mengundi oleh petugas pilihan raya.

Pada masa sama, Ikmalrudin berkata, sebanyak 294 saluran dibuka di 47 Pusat Mengundi di Parlimen Pulai, manakala 68 jumlah Saluran di 14 Pusat Mengundi bagi DUN Simpang Jeram.

Katanya, seramai 2,692 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian itu esok.

"Bagi PRK Parlimen P.161 Pulai, sebanyak 47 Pusat Mengundi dan 294 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian. Seramai 2,287 petugas akan bertugas bagi proses pengundian ini nanti.

"Untuk PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor ia melibatkan seramai 678 petugas di 14 Pusat Mengundi yang mengandungi 68 Saluran," katanya.

Ikmalrudin berkata, pihaknya sudah menjalankan semakan terhadap peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya bagi kegunaan pada Sabtu ini.

Proses semakan ini untuk memastikan kesemua peralatan atau kelengkapan bagi hari berkenaan lengkap dan berada dalam keadaan baik.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – Getaran, 8 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad