web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sertu Meja Restoran Selepas Pelanggan Bawa Anjing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 6:57PM

Pekerja Restoran Salam Sentosa menjalankan proses sertu terhadap kerusi dan meja makan selepas ada pelanggan membawa anjing peliharaan mereka ketika menikmati makanan di situ baru-baru ini. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebuah restoran di Rawang terpaksa melakukan proses sertu apabila terdapat pelanggan yang membawa anjing peliharaannya duduk bersama di kedai tersebut.

Melalui satu hantaran di Facebook, pemilik Restoran Salam Sentosa, Tahir Salam menyatakan kekecewaannya terhadap situasi berkenaan dan menyifatkan perkara itu sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

"Mula-mula seorang yang order makan. Lepas dah hidang dan pekerja kalih (berpaling) ke belakang dan layan orang lain, tiba-tiba seorang lagi datang dengan anjing tapi pekerja tak perasan.

"Selepas nampak dia pergi tegur dan mereka mohon maaf dan terus beredar," katanya di dalam satu hantaran di Facebook yang dimuat naik dalam grup komuniti Bukit Sentosa/Beruntung.

Hantaran berkenaan kemudiannya turut disusuli dengan gambar proses menyertu meja dan kerusi yang dipercayai diduduki oleh anjing dan juga pelanggan itu.

Jelasnya, perkara itu bukanlah satu lakonan sebaliknya dilakukan atas dasar tanggungjawab pemilik restoran.

Rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan komen kurang senang melibatkan situasi itu.

Pengguna Facebook, Mohd Safare Bin Yazed berkata "Nampak niat dah ada, bukan tidak sengaja..tunggu line clear tiada orang nampak.

"Orang kedua bawa masuk, memang dia tahu salah, tapi nak try luck, test market dan test power ranger,".

Sementara itu, pengguna Facebook Saiful Hjsatar pula berkata "Dia ni baru migrate Malaysia kot, takkan tak tahu sensitiviti di Malaysia, CCTV boleh tengok betul atau tidak."

Sementara itu, pada hantaran proses sertu kerusi dan meja, netizen menzahirkan rasa lega kerana proses pembersihan itu telah dijalankan dan didedahkan kepada umum.

"Terbaik bos buat tindakan terus, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, sepatutnya rata-rata telah memahami larangan dan menjaga adab serta sensitiviti setiap kaum tanpa perlu membuat sebarang provokasi dengan sengaja membawa binatang peliharaan seperti anjing untuk duduk di kedai Muslim ini.

“Sama sekali bertentangan dengan ajaran kami dan rasanya non muslim juga arif perkara-perkara macam ini," tulis Zulfikar Evnts di Facebook.

"Alhamdulillah, terima kasih untuk pengurusan Salam kerana peka dan terus bertindak. Kesian, anjing tidak salah yang salah orang yang tidak faham sensitiviti," pengguna Muhammad Izzat Azman.

Proses sertu adalah satu proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu najis berat.

Najis mughalzah ini melibatkan anjing, babi dan keturunannya dan proses pembersihan ini perlu dilakukan jika sesuatu bahan dijilat atau disentuh najis berat.

Sesuatu yang disentuh dengan dua haiwan berkenaan hendaklah disertu dengan basuhan sebanyak tujuh kali dan sekali air tanah. Getaran, 6 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad