web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Digesa Rangka Pelan Segera Tarik Minat Terhadap Aliran Sains

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 1:24PM

Anuar Ahmad. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu pelan segera perlu dirancang bagi menarik minat pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap aliran sains.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ia suslan data sedia ada yang menunjukkan kemerosotan penyertaan murid dalam aliran tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelasnya, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) harus bertindak lebih proaktif untuk mengubah dasar dan kurikulum pendidikan sains negara.

"Kita perlukan segera pelan tindakan untuk menjadikan subjek sains di sekolah rendah dan menengah lebih menarik dan mendapat perhatian murid.

"Fokus kita kena jelas. Usaha kita kena lebih kuat. Sekadar mahu kekal 'status quo' sahaja dengan apa yang ada sekarang tidak akan membawa kita ke mana -mana.

“Kita sedang ketinggalan. Ini memerlukan perubahan dalam dasar dan kurikulum pendidikan sains," katanya dalam satu hantaran melalui Facebook hari ini.

Malah, Anuar berkata KPM masih gagal, sehingga hari ini, untuk menjawab isu berkenaan sedangkan ia dilihat sebagai satu kebimbangan besar dalam sistem pendidikan negara biarpun berita kemerosotan enrolmen murid dalam aliran sains disiarkan tiga hari lepas.

Jelasnya, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 sumber tenaga manusia yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang sains dan kejuruteraan untuk menjadi sebuah negara maju.

"Data terkini menunjukkan kita hanya mencapai 17 peratus sahaja dari jumlah tersebut. Sangat jauh ketinggalan.

“Malah peratus yang sangat rendah ini pasti akan merosot lagi jika peratus murid dalam aliran sains semakin merosot," katanya yang juga Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN).

Anuar dalam kenyataannya itu turut mencadangkan beberapa perkara termasuk menjadikan subjek sains di peringkat sekolah rendah dan menengah lebih menarik untuk dipelajari murid.

Ini termasuk menyediakan infrastuktur pendidikan sains yang lebih baik termasuk kemudahan makmal yang lengkap dan juga ruang belajar yang sesuai.

"Kita mesti menjadikan pengajaran sains sesuatu yang mencabar tetapi pada masa yang sama meningkatkan motivasi dan keinginan murid untuk belajar sains.

"Kita mesti menyediakan infrastruktur pendidikan sains yang lebih baik. Makmal sains dengan peralatan yang lengkap. Ruang pembelajaran sains yang lebih interaktif," katanya. – Getaran, 6 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad