web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Jakarta Untuk Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 5:51PM

Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaik tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 bermula esok. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di ibu kota Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di sini yang akan bermula esok.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Tangerang, Banten pada 3.28 petang waktu tempatan (4.28 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut oleh Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia Budi Arie Setiadi, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 Sept iaitu yang kedua dihadirinya selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo.

Ini adalah sidang kemuncak pertama beliau bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Semasa persidangan itu, 11 pertemuan dua hala telah dijadualkan termasuk dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad