web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai: 927 Anggota, Pegawai Polis Mengundi Awal Esok – SPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 1:46PM

Polis dan tentera mengundi awal esok untuk PRK Pulai. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 927 pemilih terdiri daripada pegawai polis dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, esok.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 46 orang akan mengundi di pusat mengundi awal Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas, manakala 881 orang akan mengundi di Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua.

Kedua-dua pusat mengundi awal akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi, namun tempoh masa mengundi di Balai Polis Kempas adalah sehingga 12 tengah hari.

Sementara itu, pusat mengundi awal di markas PPM Wilayah Dua, akan ditutup pada 5 petang.

PRK itu diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada 23 Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN tersebut.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula pada 26 Ogos lepas, berakhir pada 11.59 malam, 8 Sept. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad