web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Tawar Perkhemahan Keluarga Di 7 Kem Wawasan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 7:54PM

Perkhemahan keluarga kini boleh dilakukan di 7 Kem Wawasan Negara bermula dengan Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan perkhemahan keluarga di tujuh Kem Wawasan Negara selaras dengan agenda merakyatkan sukan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sebagai permulaan, Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan dipilih sebagai program rintis yang menawarkan perkhemahan keluarga secara percuma selama sebulan bermula 1 Sept bagi setiap Sabtu dan Ahad.

Program ini juga akan diperluas ke Kem Wawasan Negara lain iaitu di Langkawi, Kedah; Balik Pulau, Pulau Pinang; Ulu Kenas, Perak; Maran, Pahang; Kundasang, Sabah dan Besut, Terengganu pada Oktober ini dengan harga minimum daripada RM10 hingga RM20.

"Pelaksanaan program rintis bertujuan merakyatkan fasiliti kementerian dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah.

"Inisiatif itu dapat meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat serta memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan," katanya kepada pemberita pada sidang media program perkhemahan keluarga di sini hari ini.

Bagi aspek keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) rekreasi, KBS menjalinkan kerjasama dan kolaborasi strategik dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Kesihatan Negeri.

"Peserta perkhemahan dikehendaki akur dan patuh dengan peraturan ditetapkan seperti larangan merokok dan vape (rokok elektronik) di dalam kawasan kem, menjaga kebersihan kawasan perkhemahan dan bebas daripada pengaruh alkohol, penyalahgunaan dadah," katanya.

Sementara itu, peminat aktiviti perkhemahan, Rosaliza Mohd Idrus, 36, berkata inisiatif itu dapat menggalakkan orang ramai beriadah dengan lebih selesa dan selamat.

Ibu kepada dua anak itu berkata jika dibandingkan dengan tapak perkhemahan yang lain, dia pernah membayar hingga RM80 untuk penginapan keluarganya.

"Perkhemahan keluarga ditawarkan ini sememangnya lebih murah dan selamat terutamanya saya yang ada anak kecil, banyak kemudahan lain disediakan, bagi saya ia satu usaha yang bagus," katanya.

Bagi Rahayu Mohd Razali, 41, aktiviti perkhemahan keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk semangat cintakan alam semula jadi kepada anak-anaknya.

Katanya, harga ditawarkan sememangnya menjimatkan kos dan dapat mengurangkan aktiviti kanak-kanak terhadap gajet. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad