web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Muda Berperanan Bantu Kerajaan Tangkis Tohmahan – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 7:44PM

Perdana Menteri ketika sesi soal jawap pada program Temu Anwar di UTM, Skudai, Johor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anak muda di negara ini boleh memainkan peranan membantu kerajaan menangkis tohmahan segelintir pihak dalam landskap politik dan ekonomi masa kini.

Beliau berkata golongan itu juga boleh membantu menyampai atau menjelaskan pelbagai ‘kebenaran’ melalui media sosial antaranya isu pemberian peruntukan kepada beberapa negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.

“Mereka berkata Anwar menzalimi negeri-negeri PAS. Saya keluar kenyataan di Parlimen, peruntukan untuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis lebih tinggi tahun ini di bawah pentadbiran Anwar berbanding tahun lalu, dua tahun dan tiga tahun yang lalu, ini fakta,” katanya ketika menjawab soalan dalam program Temu Anwar di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai hari ini.

Perdana Menteri turut merujuk kehadiran beliau di konsert yang disifatkan oleh segelintir pihak sebagai bertentangan dengan nilai Islam sedangkan ia dilakukan sebagai menghormati undangan penganjur dan turut disertai golongan muda.

Ahli Parlimen Tambun itu juga yakin dengan kuasa anak muda, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang hebat di rantau Asia.

“Orang lama asyik hendak gaduh sahaja, memfitnah, jangan dipeduli, fikir sendiri, buat sesuatu untuk selamatkan negara anda.

“Jika anda tidak boleh menerima perkara ini, anda harus mengubah naratif politik dan ekonomi negara ini,” katanya sebelum sesi dialog itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad