web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Selamba Cerita Disambar Buaya Seperti Dicakar Kucing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 3:27PM

Cik Nur ketika dirawat di hospital selepas insiden kakinya disambar buaya, Jumaat lalu. - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Tingkah laku seorang wanita yang bercerita secara selamba mengenai pengalamannya hampir dibaham buaya, menarik perhatian pengguna internet.

Cara wanita itu yang dikenali sebagai Nurkaisar menceritakan kejadian menimpanya dalam satu rakaman video di sebuah hospital dan kemudian tular, seolah-olah beliau hanya bergelut dengan kucing.

Bagaimanapun, beliau dikenali sebagai Cik Nur, sebenarnya terlepas maut selepas diserang buaya dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Sungai Ramuan China di Masjid Tanah, Melaka pada jam 3 petang Jumaat lepas.

Dalam rakaman video berdurasi 2.05 minit, Cik Nur yang ketika itu dilawati beberapa individu termasuk seorang yang dipanggil ‘YB’, bercerita pada mulanya beliau berada di pesisir sungai berkenaan sebelum merasakan ada sesuatu menyambar kakinya yang berada dalam air.

Katanya, beliau kemudian meraba ke dalam air sungai itu dan terpegang muncung buaya berkenaan lalu tidak melepaskannya.

“Lepas tu dia tarik aku pergi ke tengah, dia tarik, tarik, tarik, dia tak boleh tarik sebab aku dah pegang (bot).

“Aku tendang tendang tak lopeh (lepas) aku pun tarik kaki aku sebelah, lepas tu aku putar dia punya hidung, tu yang dia dapat lepas tu. Lepas dia lepas tu terus aku putar badan aku pergi kat bot,” katanya.

Cik Nur kemudian memaklumkan doctor memberitahunya bahawa tulang kaki antara buku lali dan ketingnya patah akibat kejadian. – Getaran, 3 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad