web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKM Jumpa Bernas, Pesawah Khamis Ini Bincang Isu Bekalan Beras

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 1:42PM

Pertemuan KPKM, Bernas dan pesawah Khamis depan bakal bincangkan isu berkaita bekalan beras tempatan negara susulan penyelarasan harga beras putih import. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan pesawah, Khamis ini bagi membincangkan berkaitan bekalan beras tempatan negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia berikutan tindakan penyelarasan harga beras putih import oleh Bernas sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

“Hari Khamis ini (KPKM adakan pertemuan) bersama Bernas, pegawai-pegawai tinggi daripada Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), kemudian bersama pengusaha-pengusaha sawah untuk kita berbincang (langkah) seterusnya (untuk memastikan beras tempatan mencukupi dalam pasaran negara).

“Macam dulu bila kita hadapi masalah telur dan ayamlah... bila semua bekerjasama, alhamdulillah kita dapat atasi.  Kita harap hal beras pun sebegitu juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega Agro MADANI Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini hari ini.

Mohamad berkata kementeriannya juga mengadakan sesi dialog dengan pengilang beras di Kedah sebelum ini bagi memaklumkan mengenai dasar semasa negara berkaitan bekalan itu.

“Mereka akan patuh dengan dasar-dasar kerajaan dan tindakan keras akan diambil kalau mereka cuba menyorok atau tukar label (beras tempatan kepada beras import). Ini yang kita sedang jalankan,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan bekerjasama dengan pemain industri bagi memastikan beras dihantar ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

Bernas sebelum ini dilapor akan menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa Jumaat lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad