web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Sedia Bantu Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut Enam Sekeluarga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 1:20PM

Abdurrahman ketika menaburkan bunga rampai ke pusara kedua ibu bapa dan adik-adiknya yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan Segamat petang Jumaat. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor bersedia membantu remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adik beradiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata kisah tragis itu memberi kesan kepadanya apatah lagi ibu bapa kepada Abdul Rahman Amir Ruddin,19, iaitu mangsa kemalangan Amir Ruddin Ismail, 46, merupakan imam di sebuah masjid di Kluang manakala Norahimah Noor Muhammad, 43, guru agama di sebuah sekolah agama di Felda Kemedak, Segamat.

"Semua pasti mengetahui berita kemalangan lori treler yang mengakibatkan kematian enam sekeluarga semalam (Jumaat). Suaminya seorang imam (Amir Ruddin) dan isterinya (Norahimah) seorang guru KAFA... kedua-duanya amat dekat di hati saya sebab mereka adalah kakitangan di bawah portfolio saya.

"Pada masa sama, kita akan bantu anak muda ini (Abdul Rahman) sekiranya ada bantuan yang dapat kita usahakan, kita juga tadi (semalam) serahkan sumbangan tanda berkongsi kesedihan," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook malam tadi.

Semalam, Mohd Fared bersama-sama Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Selamat Takim melawat Abdul Rahman di Kampung Parit Lapis, Parit Jawa, Muar.

"Kita bacakan tahlil dan doa tadi... semoga roh kesemua Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah. Amin.

"Masih dalam keadaan terperanjat dia (Abdul Rahman) tapi dia pemuda yang kuat. Kita doakan dia tabah atas ujian yang sangat besar," katanya.

Empat adik-beradik Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan itu ialah Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10; dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori.

Seorang lagi mangsa Abdullah Amir Ruddin, 15,  yang mengalami kecederaan teruk masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat dan kini ditidurkan. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 45 minit yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad