web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelantikan Ahmad Terrirudin Sebagai Peguam Negara Tepat - Azalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 7:50AM

Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara mulai 6 September ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pelantikan Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 Sept ini, disifatkan sebagai tepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini adalah kerana kedudukan Ahmad Terrirudin yang juga Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara.

"Beliau adalah seorang yang profesional dan saya yakin pelantikan ini adalah tepat. Ini kerana kita melihat ini sebagai pelantikan dalaman daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memang terdiri daripada peguam-peguam pakar, yang mewakili kepentingan negara dalam sektor perundangan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan wakil-wakil Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Kempas di Taman Dahlia, di sini, malam tadi.

Azalina juga berharap pelantikan itu akan membawa kepada kesinambungan kerja-kerja yang dilaksanakan Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) dan AGC secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian ketika mengulas pengumuman pelantikan Ahmad Terrirudin.

Ahmad Terrirudin, 55, yang juga Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 25 Mac 2022 menggantikan Idrus yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 Sept ini.

Mengulas mengenai dakwaan Pemuda UMNO mengenai kebocoran dokumen memo dalaman AGC, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat. 

“Kalau dia (Pemuda UMNO) nak buat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah agensi yang bertanggungjawab siasat,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh dipetik sebagai berkata meminta supaya Ahmad Terrirudin mengesahkan sama ada berlaku atau tidak kebocoran dokumen memo dalaman AGC seperti yang tular di media sosial.

Dr Muhamad Akmal juga berkata jika kebocoran berlaku, pihaknya akan membuat satu laporan kepada SPRM dalam masa terdekat, selepas menggerakkan seluruh ahlinya untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sebelum ini, dokumen setebal 12 muka surat bertarikh 10 Okt 2019 tersebar dalam talian, yang didakwa sebagai memo dalaman daripada pasukan pendakwaan bagi kes Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) yang ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas.

Dokumen itu didakwa tertulis pengesyoran enam daripada pertuduhan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah digugurkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Siasatan Kematian Kadet UTM Syamsul Haris Akan Dibuat Jika Perlu - AG

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad