web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Terbangkan Dron Sepanjang Laluan Kembara Kenali Borneo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 7:16PM

Orang awam dilarang terbangkan dron di sepanjang laluan jelajah Kembara Kenali Borneo. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron di sepanjang laluan jelajah Kembara Kenali Borneo terutama di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCom DCP Victor Sanjos berkata hal itu penting bagi memastikan keselamatan semua pihak dalam kembara itu terutama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta rakyat jelata.

“Hanya pasukan keselamatan sahaja yang boleh menggunakan dron untuk tujuan keselamatan. 

“Sebarang tindakan yang melanggar undang-undang boleh mengganggu perjalanan program dan menimbulkan suasana yang tidak baik.

"Saya memohon agar seluruh masyarakat mematuhi perintah dan undang-undang yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Kita akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang gagal mematuhi arahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Victor berkata larangan menerbangkan dron di ESSZone dikuatkuasakan sepanjang masa dan bukan hanya ketika Kembara Kenali Borneo sahaja.

Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 Sept ini akan bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, melibatkan jarak perjalanan lebih 2,100 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad