web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MPM Mesti Berfikiran Besar, Jadikan Peranan Masjid Lebih Dinamik – Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 5:05PM

Sultan Nazrin Shah mahu peranan masjid bebas daripada pemikiran lama. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah agar Ahli-Ahli Majlis Perundingan Masjid (MPM) yang dilantik hendaklah berfikiran besar supaya membolehkan masjid berperanan secara lebih dinamik dan lagi bermakna.

Baginda bertitah peranan masjid perlu dikeluarkan dari kotak sempit, dimerdekakan dari kepompong pemikiran lama yang diformulasikan secara terancang oleh penjajah pada masa lampau dengan tujuan tersirat mahu membatasi peranan masjid kepada urusan ibadat yang ditakrif dengan dimensi yang sempit.

“Semoga masjid-masjid di negeri Perak akan dapat ditingkatkan pengimarahannya melalui idea-idea segar yang dicetuskan dalam persidangan Majlis Perundingan Masjid. 

“Semoga Allah Subhanahuwataala memberikan petunjuk dan hidayah memandu kita ke jalan yang lurus,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Watikah Ahli-Ahli Majlis Perundingan Masjid di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Annuar Zaini.

Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Ahli-Ahli MPM yang telah dilantik.

Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah MPM sebagai suatu entiti baharu yang diperkenalkan dan ditubuhkan buat pertama kali diharap mampu membawa perubahan minda dan budaya, menghasilkan ramuan dan kaedah baharu untuk mengimarahkan masjid. 

 “Idea penubuhan Majlis Perundingan Masjid, dicetuskan melalui majlis syura, iaitu program percambahan minda yang diadakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dengan ahli-ahli jawatankuasa masjid di negeri Perak.

Idea tersebut telah diangkat sembah dan mendapat perkenan beta.  Beta turut memperkenankan nama-nama yang diperakukan oleh urus setia untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak,” titah baginda.

Dalam pada itu Sultan Nazrin bertitah masjid berperanan penting sebagai pusat yang mengembangkan syiar Islam dan membangunkan tamadun dan tempat paling istimewa di muka bumi ini, tempat yang diiktiraf mulia, suci dan barakah untuk melakukan ibadah.

Baginda bertitah negeri Perak ketika ini mempunyai 707 buah masjid dan seiring dengan pertumbuhan penduduk, dikembari pembangunan kawasan penempatan dan perumahan yang baharu, permintaan untuk membina masjid baharu terus dikemukakan.

Justeru, Sultan Nazrin bertitah  masyarakat Islam di negara ini pada hari ini, seharusnya bersyukur kerana mempunyai kemudahan masjid yang dapat memenuhi permintaan dan perkara yang lebih perlu diberikan perhatian ialah aspek pengimarahan masjid.

Baginda bertitah banyak masa terlibat dalam urusan merancang pembinaan sesebuah masjid, dan banyak sumber digunakan untuk membina sesebuah masjid.

“Oleh itu falsafah di sebalik pembinaan masjid harus diselami dan difahami supaya belanja besar membina bangunan tersergam, dilengkapi pendingin udara, dihamparkan permaidani tebal, disilaukan cahaya ‘chandelier’, tidak menjadi monumen sepi, sekadar dimakmurkan seminggu sekali pada hari Jumaat, 30 malam setahun pada bulan Ramadan, dua pagi setahun pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha.

“Selebihnya, masjid tinggal dalam isolasi sebagai bangunan sepi lagi sunyi, banyak masa, banyak usaha, banyak belanja, banyak sumber digunakan untuk membina masjid, dan sewajarnya diperlengkap dengan usaha untuk mengimarahkan masjid,” titah baginda.

Sementara itu, Annuar yang dilantik sebagai Pengerusi MPM mendahului dalam penerimaan watikah itu diikuti Saarani sebagai Ahli Majlis Dilantik bersama Mufti Perak Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari dilantik sebagai Setiuasaha MPM, manakala 50 ahli lain yang dilantik mewakili masjid termasuk tidak kurang 10 orang dalam usia belia dan tidak kurang 10 orang muslimat.

Antara peranan MPM bertanggungjawab membantu menyumbang idea dan pandangan, mengupas serta memberi maklum balas berhubung dasar sedia ada dan dasar-dasar baharu berkaitan pentadbiran masjid, pengurusan kewangan masjid, aktiviti-aktiviti masjid dan perkara-perkara lain berkaitan masjid. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad