web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jual, Edar Air Zam Zam Secara Haram, 2 Premis Diserbu KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 8:25PM

Kerajaan Arab Saudi tidak pernah memberi kebenaran berhubung pengeksportan dan penjualan air zam zam. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua premis di sekitar ibu negara dan Petaling Jaya diserbu baru-baru ini, selepas didapati terbabit menjual dan mengedar air zam-zam secara tidak sah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, serbuan di Petaling Jaya dibuat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Selangor pada 23 Ogos  dan sebanyak 10 botol (lima liter) air zam zam bernilai RM1,600 telah dirampas. 

Menurut beliau, satu notis kesalahan bawah Peraturan 360A (2) turut dikeluarkan ketika operasi.

“Operasi khas itu juga dijalankan di ibu negara pada 25 Ogos lalu oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Pejabat Kesihatan Cheras. 

“Dalam operasi tersebut, seorang individu didapati telah menjual produk air zam zam secara tidak sah di premis perniagaan persendirian dan pasukan penguatkuasa menyita 83 botol (41.5 liter) air itu bernilai RM2,075.00,” katanya.

Dr Muhammad Radzi memberitahu, penguatkuasa juga mengeluarkan notis kompaun bernilai RM3,000 mrngikut Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Katanya, nilai rampasan ke atas air zam zam di pasaran adalah berjumlah RM83,618.20, hasil daripada aktiviti penguatkuasaan yang telah dijalankan sejak 2012 hingga kini.

“Air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semulajadi dan termaktub bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

“Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air Kementerian Kesihatan (KKM) setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” katanya.

Dr Muhammad Radzi menarik perhatian, kerajaan Arab Saudi dalam hal ini tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan.

“KKM mengambil serius beberapa aduan yang diterima daripada orang ramai melalui beberapa sumber termasuk media sosial, berhubung penjualan air didakwa sebagai air zam zam yang berleluasa kebelakangan ini. 

“Isu mengenai larangan penjualan air zam zam yang disiarkan oleh Buletin TV3 pada 2020 pernah tular di media sosial sebelum ini, malah KKM juga pernah mengeluarkan Kenyataan Akhbar KP Kesihatan bagi menjelaskan larangan penjualan air zam zam di pasaran dan isu air zam zam tiruan pada 6 Januari 2020,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, KKM turut menjalankan saringan berterusan ke atas platform dalam talian (online) termasuk e-dagang. 

Sejumlah 32 iklan berkaitan penjualan air zam zam jelasnya, telah dipadamkan daripada pelbagai platform e- dagang. 

“Hasil pemantauan di media sosial sejak 2021 hingga kini pula mendapati, 63 iklan air zam zam telah dipadamkan. 

“Bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

“KKM ingin menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan membeli air yang dilabel sebagai air zam zam di pasaran tempatan kerana dikhuatiri tiruan,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kutip Deposit Antara Langkah Tangani Tunggakan Kos Perubatan Warga Asing

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 42 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran