web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Hadapi Banyak Cabaran, Beri Beliau Lebih Masa Tingkatkan Ekonomi - Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 8:00AM

Titah Sultan Ibrahim, baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar - gambar BERNAMA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.

Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily, baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar. 

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan setelah mengambil alih pentadbiran,” titah baginda dalam wawancara khas dengan akhbar tempatan dalam Bahasa Cina itu.

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan Perdana Menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif.

Menyentuh mengenai Anwar, Sultan Ibrahim bertitah baginda mempunyai hubungan yang baik dengan Perdana Menteri. 

“Ada kalanya, beliau meminta pandangan beta dan ada masanya, beliau memberikan cadangan kepada beta,” titah baginda.

Baginda juga menekankan pentingnya Malaysia untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

Selain itu, Sultan Johor bertitah bahawa meletakkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2U) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri merupakan satu pendekatan yang tepat.

“Untuk menarik lebih banyak pelaburan, Malaysia harus menawarkan pilihan visa yang mesra pelabur dan praktikal, terutamanya dalam penilaian semula program MM2U semasa kerana fasa kedua program ini tidak mesra pemohon dan fasa ketiga lebih buruk lagi,“ titah baginda. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad