web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN Serbu Premis Letak Syarat Jual Gula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 7:55PM

Premis jual gula bersyarat di Batu Gajah, diserbu penguatkuasa KPDN. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Padah menjual gula pasir secara besyarat, sebuah premis perniagaan di Batu Gajah diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pegawai penguatkuasa melakukan pemeriksaan dengan taktik penyamaran di premis itu, kira-kira 1.30 tengah hari semalam.

“Pegawai kita berpakaian preman menyamar sebagai pembeli ke premis berkenaan, untuk membeli gula pasir kasar yang berharga RM2.85 sepaket.

“Premis itu meletakkan syarat jika mahu membeli gula pasir kasar, perlu terlebih dahulu melakukan pembelian 1 kilogram gula putih jernih (premium) yang berharga RM4.50 sepaket,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata hasil siasatan dari penyamaran yang dijalankan mendapati, peniaga berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran Pengawal Bekalan.

“Pegawai penguatkuasa juga turut menemukan notis bertulis yang diletakkan di kotak dan digantung di rak jualan yang menyatakan syarat pembelian itu.

“Berikutan itu, KPDN Perak bertindak menyita 100 kilogram gula pasir kasar dan 74 kilogram gula pasir jernih untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM620.85,” katanya.

Kamalludin berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961, berkaitan penjualan bersyarat barang kawalan dan peniaga berusia 61 tahun itu, bakal dikenakan tindakan.

“Para peniaga diingatkan supaya tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang kawalan dan tidak menyorok barang kawalan bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah akta ini.

“Jika didapati bersalah mereka boleh didenda melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad