web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cari Pendekatan Baharu, Tangani Isu Paling Mendesak - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 8:01AM

Sultan Nazrin Shah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa isu paling mendesak negara termasuk kemiskinan yang semakin meningkat dan ketaksamaan dalam masyarakat boleh ditangani melalui pendekatan serta penyelesaian baharu, titah Sultan Nazrin Shah.

Sultan Perak itu bertitah antara pendekatan itu ialah memperkasa belia dalam usaha mereka membantu golongan muda, tua dan terpinggir untuk mengatasi halangan struktur serta sistematik yang mereka hadapi.

Baginda bertitah ini boleh dicapai dengan menyediakan platform seperti Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa yang diwujudkan pada 2012 untuk memberi peluang kepada mereka yang berusia di bawah 35 tahun mencipta penyelesaian dan memacu perubahan bagi menangani beberapa keperluan negara yang paling mendesak.

"Sejak beberapa dekad lepas, dunia telah mengalami banyak perubahan yang menakjubkan dan mencatat pelbagai pencapaian penting. Negara kita turut mengalami perkembangan transformasi dalam ekonomi, infrastruktur dan modal insan.

“Namun di sebalik kejayaan luar biasa yang kita capai secara kolektif, manusia terus berdepan cabaran getir dalam segala-galanya daripada akses kepada keperluan asas seperti air, makanan malahan tempat berlindung, kemiskinan dan ketaksamaan yang semakin meningkat, peralihan tenaga yang begitu lembap serta salah urus sisa pepejal," titah baginda pada majlis penyerahan Geran Anugerah Merdeka di sini, semalam.

Justeru, Sultan Nazrin bertitah jika kita ingin mengubah naratif bagi memastikan masa depan yang lebih lestari untuk semua maka kita perlu menangani kebimbangan yang semakin meningkat ketika ini iaitu berkaitan penglibatan sosial dan pemuliharaan alam sekitar.

"Jika kita ingin menangani isu mendesak yang kita hadapi secara kolektif dengan berkesan, kita perlu mencari pendekatan dan penyelesaian baharu," titah baginda.

Selaku Penaung Diraja dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Sultan Nazrin berkata geran Anugerah Merdeka diberikan kepada golongan muda yang berkelayakan bagi membolehkan mereka meneruskan projek di institusi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi membangunkan kepakaran mereka sendiri selain mengembangkan rangkaian masing-masing.

Tahun ini, lebih 160 orang di seluruh Malaysia mengemukakan permohonan bagi membolehkan mereka meneruskan penyelidikan dan merealisasikan impian kerjaya mereka melalui kaedah ini namun hanya lima penerima telah dipilih.

Mereka ialah Masni Mat Dong, seorang pensyarah dari Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman dan Syaza Soraya Sauli iaitu calon PhD bagi kategori pendidikan dan masyarakat dari Universiti Teknologi Malaysia.

Sultan Nazrin berkenan bergambar selepas menyampaikan anugerah kepada Pensyarah Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman Masni Mat Dong.Turut bersama Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (kiri) dan Shairan Huzani Husain (kanan) - gambar BERNAMA
Sultan Nazrin berkenan bergambar selepas menyampaikan anugerah kepada Pensyarah Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman Masni Mat Dong.Turut bersama Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (kiri) dan Shairan Huzani Husain (kanan) - gambar BERNAMA

Penerima lain ialah Pembantu Profesor di Xiamen Universiti Malaysia Dr Ng Chuck Chuan bagi kategori alam sekitar, Felow Pasca Doktoral Universiti Teknologi Nanyang Dr Kong Xin Ying (kategori kesihatan, sains dan teknologi) dan Pegawai Penyelidik Amaziasizamoria Jumail (alam sekitar).

“Kelima-lima individu ini mewakili generasi belia yang menjadi nadi negara dan arkitek kemajuan masa depan kita.

"Dengan memberikan mereka peluang untuk membantu membayangkan semula masyarakat yang lebih inklusif tanpa meminggirkan sesiapa, kita menyumbang kepada maruah semua manusia," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. - BERNAMA 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad