web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Belum Buat Keputusan Sekat Makanan Laut Dari Jepun – Mohamad Sabu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 3:10PM

Mohamad memaklumkan kajian sedang dibuat untuk menilai risiko makanan bersumberkan hidupan laut Jepun susulan pelepasan sisa air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Malaysia belum membuat keputusan untuk menyekat kemasukan makanan bersumberkan hidupan laut dari Jepun susulan pelepasan sisa air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kajian sedang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar alam sekitar bagi menilai risiko sebelum sebarang pendirian dibuat.

"Belum buat keputusan (menyekat) dan pendirian akan dibuat sekiranya kajian menunjukkan bahaya kepada penduduk di dunia ini," katanya kepada media selepas merasmikan Show-tech MARDI anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), di sini hari ini.

Media melaporkan beberapa negara antaranya China dan Hong Kong mengambil keputusan untuk menyekat kemasukan makanan laut dari Jepun susulan pelepasan air radioaktif terawat.

Sementara itu, Mohamad berkata fokus kerajaan adalah pada keterjaminan bekalan makanan khususnya beras, memandangkan negara seperti India dan Vietnam telah memberi amaran awal akan menaikkan harga atau lebih membimbangkan, menghentikan eksport.

Beliau berkata persediaan awal mesti dibuat untuk mencukupkan bekalan beras menerusi teknologi baharu dan penyelidikan, susulan kebergantungan import beras negara ketika ini adalah sebanyak 35 peratus.

Sementara itu, beliau berkata Show-tech MARDI merupakan platform untuk mempamerkan teknologi dan inovasi pertanian hasil penyelidikan institut itu sejak 54 tahun lepas kepada masyarakat dan pemain industri.

Pameran yang bermula hari ini hingga Ahad adalah seiring dengan usaha MARDI menghasilkan teknologi dan inovasi bagi merancakkan sektor pertanian dan agromakanan negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan