web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kampung Orang Asli Tonggang Bakal Dapat Starlink – Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 7:47PM

Anwar ketika melawat Kampung Orang Asli Tonggang, Ulu KInta, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemasangan perkhidmatan Internet satelit Starlink di Kampung Orang Asli Tonggang, Ulu Kinta dekat sini.

Anwar berkata beliau akan meminta Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Menterinya Fahmi Fadzil memastikan penduduk kampung itu mendapat akses Internet.

“Apabila saya turun ke sini hari ini, kualiti jaringan Internet sedia ada hampir tiada sedangkan ada 435 penduduk yang tinggal di sini dan jika ada boleh dihantar satu kit Starlink ke sini kelak.

“Penggunaan Starlink ini sebagai penyelesaian sementara dan ia akan diselesaikan segera agar penduduk di sini dapat menikmati jaringan internet yang stabil,” kata beliau ketika berucap pada program Lawatan Kerja Bersama Penduduk Orang Asli Kampung Tonggang di sini hari ini.

Anwar berkata ia akan dilaksanakan melalui projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan internet yang baik.

Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi menambah baik jalan raya ke kampung itu yang memerlukan pembaikan segera melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Beliau berkata kerajaan turut meluluskan peruntukan RM400,000 untuk pembinaan blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tanjung, Kampung Tonggang.

“Saya telah tanya kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan mereka menunggu kelulusan tanah daripada kerajaan negeri dan kita harapkan ia dapat disegerakan.

“Bajet ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, jadi telah diluluskan RM400,000 namun jika tidak mencukupi maka saya akan tambah," kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad