web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Panda Gergasi Sambut Hari Jadi ke-17

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 6:54PM

Panda gergasi sambut ulang tahun ke-17. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara di sini sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.

Ulang tahun kelahiran dua ekor panda gergasi itu disambut dengan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, tembikai dan anggur yang dihiasi dengan beberapa kuntum bunga.

Sebagai rekod, pasangan panda gergasi itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 selama 10 tahun bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China.

Kedua-dua haiwan itu dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China dan tiba di negara ini pada 21 Mei 2014, yang kemudiannya ditempatkan di GPCC yang dibina khas.

Setakat ini, pasangan panda gergasi itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, memiliki tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.

Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana dalam ucapannya berkata kejayaan membiakkan panda gergasi ini menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies ikonik itu.

"Perjalanan panda gergasi ini ialah satu kisah yang melibatkan penyokong pemuliharaan, penyelidik dan individu berdedikasi yang telah memberikan semangat mereka untuk memastikan kemandirian spesies luar biasa ini.

"Ia juga kisah yang membangkitkan perasaan dengan nilai bersama negara, komitmen bagi pembangunan mampan dan kesejahteraan semua makhluk hidup,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad