web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemeriksaan Tahap 4 Untuk Produk Jepun Berisiko Tinggi - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 6:05PM

Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi terjejas teruk susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah itu pada 11 Mac 2011. - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengenakan pemeriksaan Tahap 4 (Pengawasan) terhadap produk berisiko tinggi yang diimport dari Jepun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata pemeriksaan di pintu masuk negara itu bertujuan menganalisis kandungan bahan radioaktif dalam produk yang dibawa masuk dari Jepun, susulan pemakluman tindakan pelepasan sisa air radioaktif terawat oleh kerajaan negara berkenaan, bermula esok.

“Susulan insiden letupan loji nuklear akibat gempa bumi yang berlaku di Fukushima, pada tahun 2011, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan yang diimport dari Jepun, bermula Mei 2011 sehingga April 2012.

“Satu program pemantauan khusus turut dijalankan pada 2019 apabila sebanyak 102 sampel telah dianalisis dan kesemua sampel didapati tidak melebihi kadar yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, data KKM menunjukkan dalam tempoh 2022 sehingga Jun 2023, produk makanan ikan dan hasilan ikan adalah antara produk yang tertinggi diimport dari Jepun, disusuli dengan produk buah-buahan serta sayur-sayuran.

Beliau berkata, import selebihnya adalah makanan dan minuman terproses, dengan nilai keseluruhan sejumlah RM880,115,437.

Pada masa sama, beliau berkata, kementerian itu maklum dengan laporan beberapa akhbar tempatan mengenai isu pelepasan air sisa radioaktif terawat dari loji Fukushima seperti diumumkan pihak berkuasa Jepun sebelum ini.

Katanya, pelepasan siasa air radioaktif terawat itu mengikut standard keselamatan Jepun yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan mendapat kelulusan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Julai lalu.

Malah, katanya, isu itu mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa negara di Lautan Pasifik.

Beliau berkata, di Malaysia, cemaran radionuklid adalah dikawal bawah Peraturan 37, Peraturan-peraturan Makanan 1985 manakala piawaian antarabangsa Codex mengeluarkan General Standard for Contaminants and Toxins in Food and Feed, CXS193-1995 sebagai panduan untuk kawalan cemaran radionuklid dalam makanan.

“KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna terhadap perkara ini.

“Dalam hal ini, KKM sentiasa menjalankan pemantauan dij pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin,” katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, Jepun tetap meneruskan rancangan memasukkan air laut ke dalam terowong saliran Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi untuk membebaskan air sisa radioaktif terawat ke laut.

Keputusan Jepun itu mendapat bantahan banyak negara termasuk China dengan negara itu mengumumkan akan mengekalkan larangan ke atas beberapa import makanan Jepun, pada Julai lalu.

Turut mengumumkan untuk mengekalkan larangan sedemikian adalah Korea Selatan, namun negara itu berpandangan pelepasan yang dicadangkan itu memenuhi piawaian antarabangsa. – Getaran, 23 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan