web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Batal Notifikasi Tiga Produk Komestik Mengandungi Racun Berjadual

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 4:57PM

KKM membatalkan notifikasi produk kosmetik termasuk For U Night Cream. - gambar KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi produk kosmetik BL Ledehh Day Cream 2, BL Ledehh Night Cream dan For U Night Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual serta tidak lagi membenarkan ia dijual di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata BL Ledehh Day Cream 2 dan BL Ledehh Night Cream dikesan mengandungi merkuri manakala For U Night Cream mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate.

Beliau berkata merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau janin selain menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit.

"Produk yang mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

kosmetik BL Ledehh Day Cream 2 dan BL Ledehh Night Cream dikesan mengandungi racun berjadual. - gambar KKM
kosmetik BL Ledehh Day Cream 2 dan BL Ledehh Night Cream dikesan mengandungi racun berjadual. - gambar KKM

Katanya hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultra ungu (UV) berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Beliau berkata penggunaan tretinoin tanpa pengawasan pula boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Katanya betamethasone 17-valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Dr Muhammad Radzi berkata penjual dan pengedar perlu menghentikan penjualan serta pengedaran produk itu serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu berdepan hukuman maksimum denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Beliau berkata syarikat yang melakukan kesalahan berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk berkenaan dinasihatkan agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad