web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahana Kerjasama Dengan Penyokong Pembangkang, Mukarami Coffee Diboikot Pelanggan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 9:37PM

Dd Chronicle - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara politik, pemilik sebuah kafe dikenali sebagai Mukarami Coffee berdepan kerugian selepas premisnya diboikot penyokong Kerajaan Perpaduan.

Difahamkan, masalah itu mula timbul selepas pempengaruh yang diupah untuk mempromosikan perniagaan berkenaan secara terbuka mengisytiharkan dirinya penyokong tegar Perikatan Nasional (PN).

Pempengaruh itu, dikenali sebagai DD Chronicle menerusi satu hantaran pula mendakwa dirinya sebagai pemilik baharu kafe terbabit.

Susulan dakwaan tersebut, laman media sosial Mukarami Coffee dibanjiri kecaman netizen, termasuk mereka yang menyifatkan pempengaruh itu bukan individu sesuai untuk mempromosikan kafe terlibat.

Kecaman dan boikot berkenaan menyebabkan pemilik sebenar Mukarami Coffee menerusi jurucakap terpaksa tampil dengan kenyataan bagi merungkai segala kekeliruan.

“Kami dengan rendah diri ingin membuat pencerahan tentang status hakmilik syarikat kami, yang beroperasi menggunakan nama ‘Mukarami Coffee'. 

“Kekeliruan muncul akibat kerjasama yang dijalankan oleh Mukarami Coffee dengan beberapa pempengaruh media sosial tempatan Julai yang lepas untuk mempromosikan outlet yang baru dibuka,” katanya.

Jelas jurucakap itu, kerjasama dan kandungan yang dicipta bagi tujuan promosi tersebut hanyalah satu hiburan ringan. 

“Mukarami Coffee tidak mempunyai sebarang pertalian atau afiliasi dengan mana-mana parti politik, pertubuhan atau orang persendirian.

“Sebagai sebuah syarikat kecil yang berkecuali, halal dan 100 peratus milik Bumiputera, Mukarami Coffee dan pemiliknya bersikap non-partisan selari dengan komitmen kami untuk menyantuni semua pelanggan dengan baik,” katanya.

Tegas beliau, ekuiti dan hak milik syarikat dipegang sepenuhnya oleh  keluarga tanpa sebarang pegangan orang luar atau mana-mana pempengaruh media sosial.

DD atau nama sebenarnya Didi Sulaiman Rae sememangnya dikenali ramai sebagai penyokong tegar PN.

Bukan setakat tampil menyokong aktiviti PN, DD turut mengecam pentadbiran kerajaan secara terbuka, termasuk merakam lagu parodi mengejek gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN). - Getaran, 20 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar