web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lembaga Zakat Selangor Berjaya Kutip RM562 Juta Zakat Sehingga Julai 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 3:05PM

Zakat perniagaan adalah penyumbang kedua tertinggi selepas zakat pendapatan. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya adalah zakat perniagaan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Beliau berkata zakat perniagaan mempunyai peranan yang besar dalam sumbangannya kepada kutipan zakat di Selangor, dan ia dapat dilihat menerusi jumlah keseluruhan zakat yang dikutip sepanjang tahun lepas, yang menyaksikan zakat perniagaan menyumbang RM166 juta, iaitu kedua tertinggi selepas zakat pendapatan.

“Selangor mempunyai ribuan entiti perniagaan, sama ada bersifat perniagaan persendirian, syarikat perkongsian, koperasi dan sebagainya, dan LZS sentiasa menyasarkan peningkatan dalam kutipan zakat perniagaan saban tahun.  

“Mengikut data yang kami terima, terdapat kira-kira 40 peratus lagi syarikat yang berpotensi di Selangor untuk menunaikan zakat perniagaan mereka,” katanya semasa berucap di program CEO RUN LZS di Dataran Shah Alam, hari ini.

Dalam program hari ini juga Mohd Sabirin berkata LZS menerima zakat perniagaan dari tiga syarikat yang keseluruhannya berjumlah RM2,899,939.

“Kumpulan Mohamed Nazir bin Meraslam menyerahkan zakatnya berjumlah RM2,198,000, diikuti MIDF Amanah Investment Bank Berhad sebanyak RM450,000 dan Kumpulan Felda Global Ventures (FGV) yang menyerahkan zakat perniagaan RM251,939,” katanya.

Sementara itu, Sabirin berkata dua individu menerima agihan zakat berjumlah RM191,000 yang membabitkan bantuan bagi pembinaan rumah baharu buat Adnan Suamin, dan bantuan sewa rumah serta sumbangan kewangan bulanan kepada Muhamad Zamri Maimun.

“Selain itu, LZS menyalurkan bantuan baik pulih sekolah sebanyak RM50,000 kepada Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi At-Taufiqiah,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Suami Sibuk Urus Keluarga Baharu, Wanita, 7 Anak Diusir Tuan Rumah

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Pasangan Minta Derma Di Stesen Minyak Terima Bantuan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad