web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Sibuk Urus Keluarga Baharu, Wanita, 7 Anak Diusir Tuan Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 8:13PM

Skuad Saidina Umar (SSU) mengambil tindakan segera turun menyantuni wanita itu yang kini buntu mengenangkan nasib dirinya bersama anak yang masing-masing berusia empat hingga 14 tahun - Gambar Facebook Lembaga Zakat Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagai jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang ditanggung seorang pesakit mental bersama tujuh anaknya yang diusir dari kediaman kerana sewa tertunggak, sejak Oktober tahun lalu.

Lebih malang, wanita itu terpaksa menyara kesemua anaknya bersendirian selepas suaminya yang jarang pulang ke rumah dipercayai sudah berkahwin lain.

Kisah memilukan itu didedahkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Jurucakap LZS berkata, Skuad Saidina Umar (SSU) mengambil tindakan segera turun menyantuni wanita itu yang kini buntu mengenangkan nasib dirinya bersama anak yang masing-masing berusia empat hingga 14 tahun.

“Tuan rumah tidak lagi dapat berikan tempoh kerana sewa rumah tertunggak sejak Oktober tahun lalu, sehingga mengheretnya dengan masalah kewangan akibat perlu menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan tersebut,” katanya.

Menurutnya, wanita tersebut terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan psikiatri untuk mengawal emosinya daripada menjadi agresif dan tidak terkawal.

Beliau berkata, tekanan wanita itu semakin bertambah sejak suaminya bernikah lain dan menguruskan keluarga baharu.

Malah, katanya, anak sulung wanita terbabit kini menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk serta tidak dapat dikawal.

“Dia seperti mendengar bisikan. Akibatnya dia perlu mengambil ubat penenang setiap hari bagi mengawal emosinya,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, LZS akan menyelesaikan tunggakan itu dan menguruskan bayaran sewa bulanan keluarga terbabit, selepas persetujuan dicapai hasil perbincangan dengan tuan rumah.

“Tuan rumah bersetuju untuk meneruskan sewa buat keluarga ini. Tunggakan sewa rumah dan bayaran sewa bulanan selepas ini akan diuruskan LZS.

“LZS juga menyerahkan sumbangan tunai sebentar tadi, manakala bantuan lain akan disusuli selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap LZS berkata, kes tersebut juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar keluarga terbabit mendapat bantuan kaunseling serta akta perlindungan.

“Poligami itu ada kaedah dan prosedurnya. Berlaku adillah dan jangan menzalimi serta melepaskan tanggungjawab utama. Semuanya akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak,” katanya. – Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Sebelum Buat Keputusan Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad