web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Najib Untuk Gugurkan Hakim Ditolak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 12:45PM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd . gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes berhubung penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan bekas perdana menteri itu supaya menarik diri, disebabkan hubungan beliau dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.

Sequerah pada bulan lepas mendedahkan bahawa beliau pernah berkhidmat di sebuah firma bersama dengan Loo, yang kini dalam tahanan polis.

Dalam keputusan hari ini, Sequerah berkata ia memandangkan sejak Loo meninggalkan firma berkenaan pada 31 Dis 2008, beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Loo, sama ada secara profesional atau peribadi, iaitu sejak kira-kira 15 tahun lepas.

“Sejak Loo meninggalkan firma itu pada 31 Dis 2008, tiada sebarang asas yang dikemukakan di mahkamah ini bagi menunjukkan sebarang hubungan, sama ada profesional atau peribadi, dan kini 15 tahun telah berlalu,” katanya.

Sequerah seterusnya berkata perlu ada pertalian yang jelas antara hakim dengan keadaan yang berkaitan dengan keputusannya yang menjadi pertikaian, terhadap tanggungjawabnya untuk mendedahkan pekerjaannya sebelum ini di Tetuan Zain & Co.

“Tiada kemungkinan, tiada sedikit pun bukti untuk membentuk sebarang asas bagi menunjukkan wujud sebarang bentuk perhubungan mungkin boleh ditimbulkan. Berikutan perkara di atas, tidak ada keperluan di pihak saya untuk mendedahkan fakta pekerjaan lepas di firma guaman itu sebenarnya.

“Keputusannya ialah berdasarkan alasan yang dinyatakan, permohonan untuk saya menarik diri, dengan ini ditolak,” katanya.

Pada 14 Ogos, Muhammad Shafee memfailkan permohonan untuk Sequerah menarik diri daripada mendengar kes itu, selepas Sequerah mendedahkan bahawa Loo pernah menjadi bekas rakan sekerjanya kira-kira 10 hingga 15 tahun lepas.

Loo yang namanya disebut  lebih 600 kali semasa perbicaraan 1MDB, sebelum ini dianggap sebagai orang yang menjadi buruan pihak berkuasa sehingga baru-baru ini, apabila dia berada di bawah tahanan polis Malaysia.

Pada 12 Julai lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Loo telah ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Susulan keputusan hari ini Muhammad Shafee berkata beliau akan menfailkan rayuan, dan memohon satu perintah agar perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Sequerah dengan alasan tidak ada sebarang keadaan khas yang membolehkan penangguhan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.

Najib, 70, berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan bersambung pada 28 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad