web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haram Sebar Foto, Video Mayat Mangsa Tragedi - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 11:07PM

Anggota penyelamat membawa keluar mayat mangsa nahas pesawat dari lokasi kejadian di Bandar Elmina untuk proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbuatan menyebarkan foto mayat atau jenazah mangsa yang terkorban dalam mana-mana tragedi dilarang dalam Islam.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, haram untuk sesiapa berbuat demikian, khususnya umat Islam.

Menurut beliau, penyebaran video atau gambar mayat yang berada dalam keadaan mengerikan melibatkan maruah mangsa.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. 

“Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” katanya menerusi ciapan di platform X.

Beliau menyatakan sebagai membalas pertanyaan seorang netizen, yang meminta penjelasan berhubung tindakan menyebarkan foto atau video mangsa tragedi di media sosial.

Zulkifli yang juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan berkata, perkara itu ada dijelaskan menerusi sabda Rasulullah SAW. 

“Sabda Rasulullah SAW, hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya,” katanya.

Terdahulu, seorang netizen dikenali sebagai Ameer di akaun @AmeerAwan97 meminta penjelasan Zulkifli berhubung hukum menyebarkan foto atau video mangsa di media sosial.

Negara hari ini dikejutkan dengan insiden pesawat terhempas, yang meragut 10 nyawa, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Susulan nahas, foto dan video tragedi tular di media sosial, termasuk gambar mayat yang berada dalam keadaan mengerikan. - Getaran, 17 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar