web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlukan Masa Untuk Kenal Pasti Identiti Mangsa – Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 10:53PM

Jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina dibawa keluar dari lokasi kejadian untuk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. - gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Ada mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, petang tadi, masih boleh dikenal pasti identitinya, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata berdasarkan laporan awal daripada pasukan Kementerian Kesihatan di lapangan, pasukan itu memerlukan masa untuk proses pengecaman awal bagi beberapa mayat berikutan keadaannya yang tidak sempurna berikutan impak daripada nahas itu.

“Laporan kita terima di lapangan, ada jasad atau jenazah yang boleh dicam dan dalam keadaan tidak terjejas …ada yang perlukan masa…kita dengar ada cebisan (mayat) tetapi tidak pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa bersama keluarga mangsa nahas pesawat berkenaan di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam ini.

Dr Zaliha berkata seramai 20 hingga 30 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) ditugaskan di Jabatan Forensik HTAR bagi proses bedah siasat serta pengecaman mayat.

Ditanya berhubung berapa lama jangkaan proses pengecaman akan mengambil masa, Dr Zaliha berkata ia bergantung kepada keadaan mayat yang akan diterima pasukan forensik.

“Perkara pertama yang dilakukan apabila mayat sampai adalah proses pengecaman awal diikuti bedah siasat dan setelah selesai, barulah mayat diserahkan kepada ahli keluarga.

Kita tidak pasti berapa lama masa akan diambil, namun kita akan cuba selesaikannya secepat mungkin supaya keluarga dapat membawa mayat mangsa untuk pengurusan pengebumian,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata KKM akan menyediakan bantuan daripada Jabatan Psikiatri KKM untuk memberi sokongan moral serta bantuan psikososial kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kira-kira 2.50 petang tadi.

Katanya, turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Bagaimanapun, Loke berkata identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad