web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bukan Antara Mangsa Nahas Di Elmina - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 9:11PM

Anggota bomba dan pasukan penyelamat yang berada di lokasi nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam petang tadi. gambar Salwa Farhana Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ikwan Hafiz menafikan beliau merupakan antara 10 mangsa yang terkorban, dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

Ikwan, 36 dalam kenyataan ringkas kepada Bernama berkata laporan yang disiarkan dalam media utama menyatakan, namanya antara yang tersenarai menaiki pesawat ringan berkenaan adalah tidak benar dan palsu.

“Saya kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir pengamal media yang tidak bertanggungjawab dan menyiarkan berita secara melulu, tanpa sebarang semakan sehingga menimbulkan spekulasi yang mengganggu ketenteraman keluarga.

“Sehubungan itu saya meminta agar masyarakat umum menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan. Pada masa yang sama, saya mewakili pihak keluarga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan orang kenamaan adalah antara 10 lelaki maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, dekat sini petang tadi.

Antara yang terkorban adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas pada 2.51 petang.

Pesawat berkenaan sebelum itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan membawa lapan orang termasuk dua kru penerbangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Juruterbang Maut Pesawat Bertembung Ketika Pertunjukan Udara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

DUN Pahang Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Johari Harun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

10 Mangsa Maut di Elmina Diklasifikasikan Sebagai Kematian Mengejut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Tegas Terhadap Individu Tular Video Mangsa Nahas Pesawat - Ayob Khan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad