web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 6:33PM

Prolintas menutup laluan keluar masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie susulan nahas pesawat terhempas petang tadi. - gambar Facebook Prolintas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telah ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini.

Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.

“Menurut laporan awal, kemalangan turut melibatkan sebuah motosikal. Pihak bomba, polis, ambulans dan Peronda GCE kini berada di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan nahas dan mengawal trafik,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800 22 8888.

Menurut laporan media, 10 lelaki maut selepas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 33 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran