web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamad Asfia Dilantik Pemangku Yang Dipertua Sarawak Sehingga 17 September

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 5:14PM

Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini mengangkat sumpah sebagai Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak berkuat kuasa semalam hingga 17 Sept ini.

Pelantikan itu bagi mengisi jawatan berkenaan ketika Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud kini sedang menjalani fasa pemulihan di luar negara.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan diadakan di Astana Negeri Sarawak dan disaksikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Dr Alwi Abdul Wahab.

Pada istiadat itu, Abang Johari turut membacakan surat cara pelantikan Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohamad Asfia, 75, yang memegang jawatan Speaker DUN Sarawak sejak tahun 2000, sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku Yang Dipertua Negeri pada 1 Dis 2019 hingga 11 Jan 2020.

Pada 3 Ogos lalu, Astana Negeri Sarawak meminta orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan berita dan spekulasi mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib.

Setiausaha Sulit kepada yang Dipertua Negeri, Junih Salleh Ahmad dalam satu kenyataan berkata keadaan Abdul Taib semakin pulih dan beliau kini sedang menjalani fasa pemulihan di luar negara dan akan kembali tidak lama lagi. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad