web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Struktur Bangunan Runtuh: Saksi Nyaris Maut Ditimpa Bongkah Batu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 9:30AM

Gegaran runtuhan itu dapat dirasai hingga ke bangunan sebelah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gegaran akibat struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersil lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini, runtuh malam kelmarin, dirasai sehingga ke bangunan sebelah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park, di sini.

R. Mercy, 21, seorang petugas klinik di blok B, kira-kira 70 meter dari lokasi runtuhan di blok A, berkata bunyi runtuhan berkenaan seakan guruh dan gegarannya terasa seperti gempa bumi.

“Waktu itu saya sedang bertugas dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh tiga pesakit yang datang ke klinik pada masa itu,” katanya kepada Bernama, ketika ditemui di lokasi.

Mercy berkata walaupun panik dengan kejadian itu, beliau bergegas keluar bagi mendapatkan doktor bertugas yang ketika itu keluar untuk mengalihkan keretanya yang parkir di bangunan bersebelahan.

Sementara itu, Dr J. Louis, 32, dari klinik sama, berkata beliau nyaris maut ditimpa bongkah batu besar yang jatuh ketika beliau cuba mengalihkan keretanya, betul-betul di bawah lokasi runtuhan.

“Saya cuba mengalihkan kereta dan sedang leka memeriksa cermin sisi kenderaan yang patah terkena serpihan runtuhan, tiba-tiba ada bongkah batu besar terjatuh. Nasib baik, saya sempat elak dan melarikan diri sehingga kaki terseliuh, tetapi kereta remuk teruk,” katanya.

Dr Louis, berkata keretanya yang remuk hampir 50 peratus dan enjin tidak boleh dihidupkan kini masih berada di lokasi kejadian dan sedang menunggu trak tunda untuk dibawa keluar.

Bagi Pengurus Bangunan, K. Veerthasalam, 55, beliau sama sekali tidak pernah menjangkakan insiden sedemikian berlaku memandangkan tiada kerosakan atau isu berhubung struktur bangunan dilaporkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya bersyukur insiden ini berlaku waktu malam. Jika berlaku waktu puncak, saya tidak boleh bayangkan kerosakan dan kecederaan yang mungkin berlaku memandangkan kawasan ini sibuk di waktu siang,” katanya.

Veerthasalam turut melahirkan rasa bimbang sekiranya struktur bangunan berkenaan akan lebih teruk terjejas sehingga tidak boleh didiami apabila hujan berikutan keadaan atapnya yang telah runtuh.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati kawasan di sekitar Blok A Bangunan Sri Desa yang terjejas dalam insiden runtuhan itu dikawal pihak polis bagi tujuan keselamatan.

Dalam insiden tersebut, sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak teruk dan tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran