web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Pandang Serius Usaha Promosi Buku Dorong Anak-anak Terpengaruh Budaya LGBT

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 8:28AM

JAKIM juga menasihari ibu bapa untuk pantau bahan bacaan anak-anak. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti dipaparkan dalam video tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata jabatan itu telah menerima aduan berkaitan video tular oleh Cordova Media mengenai beberapa buku yang didakwa mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT dan penelitian mendapati ia diambil di luar negara.

"Walaupun tiada buku seperti dipaparkan dalam video tersebut di mana-mana kedai buku tempatan, namun Jakim mengambil serius terhadap sebarang usaha mempromosi buku berkenaan dalam kalangan masyarakat negara ini khususnya umat Islam.

“Kandungan buku-buku seumpama ini bukan sahaja mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia, malah melanggar sensitiviti agama, undang-undang serta budaya negara ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata Jakim sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memantau sebarang terbitan bahan bercetak yang mempromosikan budaya LGBT dan undang-undang Malaysia menetapkan kandungan buku seumpama itu melanggar Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, moral serta kepentingan awam.

Hakimah turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak supaya tidak membeli sebarang bahan bacaan yang mempunyai unsur negatif dan bercanggah dengan ajaran Islam. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar