web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikh Akhir Penebusan Baucar Digital Pembelian Tiket Penerbangan Dilanjut Ke 31 Dis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 4:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tarikh akhir penebusan baucar digital RM300 bagi pelajar universiti awam untuk pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan dilanjutkan hingga 31 Dis depan dari 31 Okt yang diumumkan sebelum ini.

Namun demikian, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

"Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, bantuan ini adalah satu daripada initiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI," menurut MOT dalam kenyataan hari ini.

Menurut MOT inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan mula dilaksanakan hari ini.

Selaras dengan itu, pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan di https://subsidiudara.mot.gov.my/

Menurut MOT selepas membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines termasuk MASwings dan FireFly, AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih oleh pelajar melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

"Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing," katanya.

Menurut MOT buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

MOT memaklumkan setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

"Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya," katanya.

Pada 12 Julai lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan inisiatif itu yang akan memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Ketika itu, Loke berkata tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Okt tahun ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan