web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tidak Pernah Tanya Sumber RM2.6 Bilion Dalam Akaun Peribadi - Zeti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 3:48PM

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (tengah) hadir bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membuat sebarang pertanyaan mengenai sumber RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di AmIslamic Bank Berhad.

Zeti, 76, berkata demikian ketika memberi jawapan kepada soalan dalam pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Kamal Bahrin Omar, pada perbicaraan bekas perdana menteri itu yang berkaitan dengan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kamal Bahrin: Adakah Najib pada bila-bila masa bertanya mengenai punca transaksi yang melibatkan empat akaunnya?

Zeti: Tidak.

Kamal Bahrin: Terdapat RM2.6 bilion dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum ke-13. Adakah BNM atau anda mempunyai pengetahuan mengenai jumlah (RM2.6 bilion) dalam akaunnya?

Zeti: Bank pusat dan saya pada masa itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai dana besar dalam akaunnya.

Saksi pendakwaan ke-46 itu juga berkata mengikut undang-undang, sebaik sahaja BNM mendapat maklumat mengenai transaksi tidak teratur atau mencurigakan, ia dikehendaki memaklumkan agensi undang-undang, seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu, BNM tidak dibenarkan untuk memaklumkan kepada orang lain termasuk pemegang akaun,” kata saksi itu.

Sementara itu, ketika disoal oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai wang yang mengalir ke dalam akaun syarikat suami bekas Gabenor BNM itu, Zeti berkata suaminya, Datuk Dr Tawfiq Ayman adalah orang yang memaklumkan pihak berkuasa Singapura mengenai wang meragukan yang mengalir ke dalam akaun syarikat milik suaminya itu, Cutting Edge Industries Ltd.

Zeti berkata suaminya menulis surat itu supaya wang berkenaan sepatutnya dikembalikan kepada pelabur, dan ia (wang) kembali ke sini (ke Malaysia) hasil arahannya.

Muhammad Shafee kemudian bertanya sama ada Zeti boleh mengemukakan surat yang dikatakan pernah dilihatnya itu, tetapi Zeti berkata dia tidak mempunyai hak untuk berkongsi surat berkenaan kerana perkara itu sedang disiasat oleh polis Malaysia.

Peguam itu kemudiannya menjawab “jadi anda hanya diberitahu mengenai surat itu oleh suami awak?” dan Zeti menjawab “Ya”.

Muhammad Shafee kemudiannya menegaskan bahawa ia hanya bukti dengar cakap.

Selepas pertelagahan hebat antara mereka berdua, Zeti mengulangi bahawa tiada mana-mana ahli keluarganya pada bila-bila masa sekalipun pernah mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang Singapura.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad