web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Sebagai Ejen Perpaduan, Pupuk Semangat Cintakan Negara - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 12:31PM

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada pelancaran program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah di Dewan Kompleks Seri Bintang di sini, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga pendidik memainkan penting bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata guru adalah agen dalam usaha menerapkan semangat perpaduan kepada anak muda, bermula di bangku sekolah. 

“Guru adalah agen perpaduan … kita boleh lihat bagaimana guru menyampaikan hasrat, impian dan tekad bagaimana perpaduan patut dilaksanakan di sekolah,” katanya pada majlis pelancaran program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 di Dewan Kompleks Seri Bintang, di sini hari ini. 

Program itu diadakan untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara dalam diri murid sekolah dan menjadikannya sebahagian daripada sikap dan tingkah laku mereka bagi mengukuhkan semangat jati diri serta semangat cintakan negara.

Selain itu, Fadhlina berkata Kelab Rukun Negara akan diperluaskan di semua sekolah termasuk sekolah swasta bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Kelab ini akan menjadi peneraju perpaduan di sekolah-sekolah… Kita akan buat perluasan. Makluman akan diberikan dari semasa ke semasa. Ia bertujuan memastikan program perpaduan berjalan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara,” katanya.

Pada masa ini, terdapat 6,849 Kelab Rukun Negara di seluruh negara.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang turut hadir pada program tersebut berkata kabinet sudah meluluskan sebuah memorandum agar Rukun Negara dilafazkan secara penuh, bermula dengan mukhadimah sebelum disusuli dengan lima prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. 

“Cita-cita kita untuk Rukun Negara dilafaz dengan penuh dimulakan dengan cita-cita atau mukhadimah sebelum dicakan lima prinsip Rukun Negara.

“…Itu yang kita nak kerana penghayatannya amat penting. Kalau kita baca prinsip sahaja, mungkin it’s a bit sketchy,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

3

Rencana 7 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KPM Beri Sokongan Emosi Kepada Pelajar Perempuan Disyaki Mangsa Rogol

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar