web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lafaz Rukun Negara Akan Dibaca Penuh Bermula Dengan Mukadimah - Aaron

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 7:25PM

Semua program rasmi kerajaan dan sekolah diselaraskan untuk melafazkan ikrar Rukun Negara bermula dengan mukadimah. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Lafaz ikrar Rukun Negara kini akan diselaraskan bermula dengan bacaan penuh mukadimah diikuti lima prinsip berkenaan di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan di seluruh negara sebagai usaha menyemai taat setia dan rasa cintakan negara.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata cadangan untuk dikembalikan lafaz Rukun Negara dibaca penuh itu telah diluluskan Kabinet pada 25 Julai lepas.

"Dengan kelulusan itu, sekarang kita menggerakkan aktiviti Eksplorasi Rukun Negara dengan bermulanya majlis peluncuran pada hari ini. Selepas ini, semua aktiviti membabitkan program Rukun Negara akan digerakkan ke seluruh negara dengan kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam meningkatkan usaha ini.

“Kita juga mencadangkan supaya lafaz Rukun Negara turut dilakukan pada setiap kali majlis pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya pada Majlis Peluncuran Eksplorasi Rukun Negara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aaron berkata program eksplorasi yang dilancarkan hari ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dan Kementerian Perpaduan Negara yang telah merangka program di bawah Flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.

"Usaha berkenaan adalah untuk meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai ejen penyatupaduan rakyat dan membangkitkan sifat patriotisme dalam kalangan mereka.

"Sebelum ini, memang ada bacaan lafaz Rukun Negara, namun hanya pada lima prinsip, apa yang kita mahu ialah mukadimah yang mengandungi cita-cita Rukun Negara kerana lima prinsip itu hanya rumusan tapi yang menyentuh hati ada pada cita-cita berkenaan," katanya.

Beliau berkata pelbagai aktiviti menarik telah disusun di bawah program itu bagi menyemarakkan penghayatan Rukun Negara di peringkat tadika, sekolah dan institusi pengajian tinggi, antaranya Dialog Anak Muda, Ekspresi Rukun Negara dan beberapa aktiviti lain.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan