web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Halim Saad Saman Tun M

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 8:38PM

Dr Mahathir Mohamad - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, bagi menuntut pampasan berhubung kerugian dialaminya selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan, hampir 23 tahun lepas.

Saman itu difailkan Halim selaku plaintif menerusi Tetuan Malik Imtiaz Sarwar di Mahkamah Tinggi di sini  pada 2 Ogos lepas, dengan menamakan Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Halim yang merupakan bekas pengerusi eksekutif dan pengarah Renong mendakwa, beliau berniat untuk membuat tawaran am bagi menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong, dengan pelaksanaan itu membolehkan plaintif memperoleh kawalan serta milikan penuh ke atas UEM.

“Namun, saya diarahkan oleh Dr Mahathir dan Tan Sri Nor Mohamed, supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui entiti yang ditetapkan, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah. 

“Saya juga diarahkan agar keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham, dan juga pengarah termasuk anak-anak syarikat dua syarikat itu. Ini mewajibkan saya untuk menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan, dan selanjutnya melupuskan saham Renong milik saya dengan kerugian,” dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.

Halim mendakwa Khazanah telah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd sekali gus memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.

“Dengan cara ini, kerajaan mengambil alih UEM dan secara tidak langsung memperoleh kawalan dan hak milik tidak langsung ke atas kumpulan Renong,” katanya.

Plaintif turut mendakwa perancangan kerajaan untuk mengambil alih UEM dan akhirnya diswastakan tidak akan dapat dicapai tanpa sokongannya.

“Tindakan kolektif dan bersepadu kesemua defendan, menyebabkan saya kehilangan kawalan ke atas Renong dan kawalan secara tidak langsung ke atas UEM, dan asetnya yang sangat bernilai termasuk Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Elite Expressway dan Laluan Kedua Malaysia (LINKEDUA),” dakwanya dan menambah beliau mengalami kerugian kewangan akibat daripada tindakan kesemua defendan.

Oleh itu, Halim antaranya memohon deklarasi dan pampasan berhubung pengambilan saham secara paksa oleh kerajaan bagi tempoh antara Julai dan Oktober 2001.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa beliau pemegang saham Renong dan mendakwa kerajaan telah melanggar Perkara 8(1) atau Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan, kerana gagal memberikan pampasan memadai kepadanya.

Beliau turut memohon perintah supaya kerajaan membayar pampasan kepadanya, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan atau teruk, faedah, kos atau relif yang sesuai oleh mahkamah.

Pada 2013, Halim memfailkan tuntutan saman RM1.8 bilion terhadap kerajaan, Khazanah dan Nor Mohamed selepas mendakwa beliau ditipu, bagaimanapun saman itu ditolak Mahkamah Tinggi di sini dan beliau juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2015. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keadaan Memuaskan, Tun M Dibenar Pulang Untuk ‘Home Leave’

2

4 bulan yang lalu

Tun M Dibawa ‘Outing’, Minuman Ais Coklat Jadi Pilihan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Dan Isteri Doa Kesembuhan Segera Buat Tun Mahathir

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘3 Bekas Menteri Itu Bohong, Saya Malu Lantik Mereka’ - Tun M

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad