web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Nigeria Bunuh Jururawat Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 5:44PM

Hukuman penjara 35 tahun dijatuhkan terhadap seorang warga Nigeria yang didapati bersalah membunuh ketua jururawat Hospital Serdang, empat tahun lepas, menggantikan hukuman mati. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Nigeria terlepas tali gantung setelah Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh ketua jururawat Hospital Serdang empat tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah turut memerintahkan Alowonle Oluwajuwon Gilbert dikenakan 12 sebatan.

Lelaki berusia 40 tahun itu diperintahkan untuk memulakan hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019.

Vazeer, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, telah menolak rayuan Gilbert terhadap sabitan membunuh selepas memutuskan bahawa sabitannya membunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat untuk dikekalkan.

Beliau berkata tiada keperluan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada pembelaan berkanun lain digunakan untuk Gilbert kerana hakim perbicaraan telah menolak pembelaan alibinya (Gilbert).

Mahkamah Rayuan juga tidak menemui sebarang pembelaan berkanun yang boleh dikenakan terhadap Gilbert, katanya.

Mengenai hukuman, hakim itu berkata tiada bukti yang diselindung oleh pihak pendakwaan kerana tidak memberikan keseluruhan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Third Avenue di Cyberjaya, untuk beberapa hari selepas kejadian itu, kepada pihak pembelaan.

Sekiranya rakaman itu penting untuk kes pembelaan, Gilbert sepatutnya membuat permohonan untuk mendapatkannya, kata beliau.

Hakim bagaimanapun berkata susulan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan keadaan dan fakta kes.

“Kami mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun dari tarikh tangkap dan dia juga akan dikenakan 12 sebatan," katanya.

Pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019 dan telah menjatuhkan hukuman mati.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, Afifuddin berkata Gilbert dan arwah adalah pasangan kekasih.

Beliau berkata tiada bukti bahawa pembunuhan itu telah dirancang terlebih dahulu dan memandangkan darah Gilbert ditemui pada pakaiannya serta di tempat kejadian, pergaduhan secara tiba-tiba mungkin berlaku sehingga tercetus pergelutan antara anak guamnya dan si mati.

Hakim perbicaraan, katanya mempunyai kuasa untuk mensabitkan Gilbert atas pertuduhan yang lebih ringan seperti menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha berhujah bahawa hakim perbicaraan tidak perlu mempertimbangkan pembelaan berkanun lain kerana Gilbert telah memilih untuk pembelaan alibi.

Tiada keperluan untuk menyediakan rakaman penuh CCTV kerana tiada pergerakan di kawasan kondominium selepas kejadian itu, katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad